Saturday, June 27, 2020

Pengenalan : Apa Itu Bahan Bantu Mengajar (BBM) ?


Seiring dengan kemajuan dunia pada masa kini, bidang pendidikan memerlukan transformasi dari semasa ke semasa bagi mengikut arus peredaran zaman. Menurut Asmawati Mohd Ali et al. (2018) pada abad ke-21, aspek pembelajaran berpusatkan para pelajar yang berkesan amat menekankan perancangan yang rapi. Perancangan ini dilihat berdasarkan ketetapan objektif, isi pelajaran, strategi, kejelasan pendekatan serta kerelevanan bahan-bahan pengajaran. 

          Di samping itu, pemilihan isi pelajaran, aktiviti serta bahan-bahan pembelajaran yang bersifat kontekstual mampu memberikan implikasi positif kepada para pelajar. Kepelbagaian penggunaan strategi, pendekatan, kaedah dan teknik yang digunakan oleh guru perlulah bersesuaian dengan tahap kemampuan para pelajar. Seterusnya, aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar seperti teknik-teknik interaktif dalam pembelajaran aktif dijadikan sebagai fokus utama dalam proses pendidikan pada zaman kini. 


BBM: Puzzle

         Bahan pengajaran dalam konteks pengajaran dan pembelajaran dilihat sebagai suatu bahan bantu mengajar yang digunakan oleh guru-guru dalam pembelajaran. Bahan-bahan pengajaran boleh dihasilkan dalam pelbagai bentuk. Contohnya, slaid power point, pengaplikasikan pembelajaran dalam bentuk permainan, keratan akhbar dan lain-lain lagi. Hal ini dikatakan demikian kerana, pengaplikasian beberapa kaedah alat bantu mengajar ini dapat menimbulkan atau menarik rasa minat para pelajar untuk bersama-sama mengikuti pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung di dalam bilik darjah.



BBM: Slaid



No comments:

Post a Comment