Teknik membaca gema dengan bahan bantuan mengajar permainan puzzle suku kata "Jom Baca"
saling mempunyai perkaitan yang ketara. Tujuan teknik membaca gema yang bertujuan untuk
mendedahkan pelajar kepada ketepatan dan kefasihan dalam pembacaan seiring dengan tujuan
bahan bantuan mengajar ini dibina iaitu untuk mendedahkan pelajar kepada suku kata dan
membantu pelajar mengenali suku kata selain daripada untuk membantu pelajar memahami bahan
bacaan yang disediakan.
Selain daripada itu, bahan bantuan mengajar yang dibina juga adalah untuk
membantu pelajar yang kurang mahir dalam bacaan supaya mereka dapat meningkatkan kemahiran
membaca dengan cara yang mudah. Tambahan pula, bahan bahan bantuan mengajar ini adalah
berfokuskan kepada pelajar yang berusia daripada tujuh tahun sehingga sembilan tahun.
Pendedahan awal kepada suku kata akan menjadikan pelajar mudah untuk menguasai kemahiran
membaca.
Di samping itu, bahan bantuan mengajar yang dibina adalah berada di tahap yang rendah
dan mudah untuk difahami oleh pelajar. Maka objektif bahan bantuan mengajar ini dibina akan
tercapai sekiranya pelajar mampu menguasai kemahiran membaca setelah mengguna pakai bahan
bantuan mengajar permainan puzzle suku kata "Jom Baca".
No comments:
Post a Comment