Apabila menyebut tentang menyediakan alat bantuan bahan mengajar sudah pasti tidak ada kelihatan sesuatu kekurangan. Hal ini dikatakan demikian kerana, bahan bantuan mengajar adalah berfungsi sebagai untuk menutup sebahagian kekurangan yang terdapat dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku secara langsung di dalam bilik darjah. Bahan bantuan mengajar jika dilihat dengan mata kasar dan digunakan dalam masa yang pendek sememangnya tidak mempunyai sebarang kelemahan tetapi ianya menampakkan kekurangan itu boleh dilihat dalam beberapa perkara antaranya ialah seperti berikut. Kelemahan yang dapat dilihat adalah untuk menyediakan bahan bantuan mengajar ini memerlukan masa yang panjang. Hal ini adalah kerana, untuk mendapatkan hasil yang menarik guru perlu teliti dan sentiasa berhati-hati ketika menyiapkan bahan bantuan mengajar tersebut.
Terdapat beberapa bahan bantuan mengajar yang memerlukan tenaga guru untuk menghasilkan lakaran sebelum membuat sesuatu bahan bantuan mengajar yang sesuai untuk digunakan. Oleh itu, guru amat memerlukan masa yang banyak untuk menghasilkan bahan bantuan mengajar yang berkesan untuk dipersembahkan kepada murid-murid. Jika berlaku kesuntukan masa, maka guru akan bertindak untuk segera menyiapkan bahan bantuan mengajar dalam bentuk yang tidak sempurna dan kemungkinan isi yang ingin dipersembahkan dalam bentuk menggunakan bahan bantuan mengajar ini tidak dapat disampaikan dengan begitu efektif dan menyeluruh. Seterusnya, bahan bantuan mengajar yang dihasilkan dalam bentuk bukan elektronik seperti menggunakan kertas minyak, majalah, gambar, surat khabar dan sebagainya sudah pasti tidak akan tahan lama. Bahan-bahan yang digunakan adalah terdiri daripada kertas mahupun kotak akan mendatangkan kesan sekiranya tidak dijaga dengan baik. Umumnya mengetahui bahawa apabila kertas terkena air maka sudah tentu kertas itu akan menyebabkan kerosakan.
Oleh sebab itu, guruguru terpaksa menyediakan semula bahan bantu mengajar yang sama untuk dipersembahkan di dalam bilik darjah semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Secara tidak langsung, guru juga perlu mencari alternatif lain bagi menggantikan penggunaan kertas kepada bahan yang tidak mudah mengalami kerosakan dan boleh digunakan dengan lebih tahan lama. Bukan itu sahaja, bahan bantuan mengajar ini mempunyai kelemahan dari segi penghasilan bahan bantuan mengajar di mana guru menyediakan gambar bagi memudahkan murid-murid untuk mengenal dan mengingati dengan lebih jelas. Namun, murid-murid akan menggambarkan dan memikirkan bahan maujud yang ditunjukkan oleh guru tersebut sebagai objek sebenar dan bukanlah sebagai gambar. Contohnya, replika meja yang dilihatnya adalah mirip sebuah meja yang sebenar. Maka, memberi kesan kepada murid yang bermasalah dalam pembelajaran, keupayaan mereka untuk berimaginasi mungkin tidak sebaik murid yang normal.
Oleh itu, keadaan ini memerlukan guru yang lebih pakar untuk menerangkan dengan lebih kreatif dan berkesan kepada murid yang bermasalah tersebut. Di samping itu, untuk menghasilkan sesuatu bahan bantuan mengajar guru terpaksa mengeluarkan kos untuk pembelian barang maujud untuk menghasilkan bahan bantuan mengajar yang sesuai untuk digunakan dan menghasilkan mengikut silibus yang ingin di ajar di dalam bilik darjah. Oleh sebab itu, menjadi salah satu kepada kelemahan dalam menghasilkan bahan bantuan mengajar kerana guru tidak diberikan bantuan dalam bentuk wang untuk menyediakan bahan bantuan mengajar tersebut. Guru-guru perlu menggunakan wang dari poket sendiri untuk memastikan bahawa proses pengejaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih berkesan dan mudah disampaikan dengan adanya penggunaan bahan bantuan mengajar tersebut.
Kesimpulannya, beberapa kekurangan bahan bantuan mengajar yang dihadapi oleh guruguru dan murid di sekolah perlu ditangani supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih sempurna. Oleh sebab itu, sebagai seorang guru perlu membaiki kelemahan yang terdapat di dalam bahan bantuan mengajarnya dari semasa ke semasa supaya kelemahan yang dimiliki dapat diatasi dengan lebih baik. Guru juga haruslah sentiasa prihatin dan memahami kehendak yang diperlukan oleh murid-murid dalam mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
No comments:
Post a Comment